Buat persembahan, rakam, muat naik ke YouTube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasib baik, rakaman itu bakal menarik minat jutaan penonton, sekali gus melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata.
Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet.
Walaupun ada pihak mendakwa lagu nyanyian dan ciptaan Najwa ‘biasa-biasa’ saja, pihak industri hiburan terpaksa mengalah dengan kehendak peminat kerana ia menjadi trend terkini.
Dulu bakat seseorang agak sukar untuk dikesan memandangkan tiada medium yang sesuai ketika itu. Kemudian muncul program realiti untuk mencungkil bakat sehingga ianya menjadi fenomena baru di malaysia.
Rancangan realiti yang paling mendapat tempat ketika itu ialah Akademi Fantasia ( AF ) yang berjaya melahirkan berpuluh artis baru yang berkualiti. Sayangnya rancangan itu hanya menempa nama selama 9 tahun dan selepas itu demam artis rancangan realiti ini mula perlahan.
Kini, fenomena artis Youtube pula muncul di Malaysia. Nama-nama seperti Yuna, Zee Avi, Najwa Latif dan Ana Raffali semakin dikenali sebagai artis Youtube dan medium itu berjaya mengetengahkan bakat mereka. Tidak hairanlah jika ramai anak muda turut mencuba nasib menjadikan YouTube sebagai batu loncatan untuk menggapai impian bergelar penyanyi.
Terkini, beberapa remaja yang memuat naik lagu nyanyian mereka di YouTube turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencipta nama. Antaranya Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan, Syed Shamim dan Amri. Mereka ini mempunyai akaun youtube yang dilihat seperti Album Mega di maya kerana memuatkan video nyanyian mereka yang mempunyai view yang tinggi.
Fenomena artis youtube ini terkebih dahulu menggegarkan industri hiburan di Barat tetapi kini semakin menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet. Najwa juga telah mencapai tahap yang boleh dianggap tertinggi apabila menjadi finalis AJL ke 26 lalu dan tercalon dua kategori di top 5 ABPBH yang akan berlangsung April ini.
Walaupun didakwa menggunakan YouTube sebagai batu loncatan supaya bakat mereka disedari penggiat seni, seterusnya menggapai impian menjadi artis, kebanyakan ‘bintang muda’ terbabit menegaskan, pada mulanya rakaman yang dimuat naik hanya sebagai tatapan teman dan keluarga. Akhbar Metro ada menyiarkan mengenai perkongsian beberapa artis Youtube ini mengenai fenomena yang kini melanda Malaysia. Jom ikuti apa kata mereka.
Ainan Tasneem Ridzuan

“Saya memuat naik rakaman sekadar suka-suka, malah tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.“Menyanyi sekadar hobi, tak mungkin saya bergiat serius sebagai penyanyi. Ibu bapa tidak menghalang hobi itu, tetapi kurang menggalakkannya.
“Sejak kecil saya bercita-cita menjadi pensyarah dan tiada masalah untuk memenuhi permintaan mereka. Mungkin segelintir masyarakat menganggap saya menjadikan YouTube untuk menampilkan bakat, namun ia sebenarnya hanya sebagai memenuhi permintaan teman rapat,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses ini.
Bermula dengan memuat naik rakaman ‘cover version’ di Facebook (FB), Ainan dicabar menghasilkan lagu sendiri, lalu terhasillah lagu Aku Suka Dia sebelum seorang teman FB memuat naik rakaman itu di Youtube.
“Tak sangka lagu itu menarik 750,000 penonton, menyebabkan saya terus menggunakan medium itu untuk memuat naik rakaman lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Music Vally.
Tasha Manshahar

Tasha Manshahar atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 20, mula memuat naik rakamannya di YouTube sejak berusia 16 tahun.
Sebagai penyanyi.
Penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas ini meletakkan pelajaran sebagai keutamaan kerana mahukan masa depan yang lebih terjamin.
“Memuat naik rakaman di YouTube hanya untuk berkongsi bakat dengan teman yang meminati muzik. Buat masa ini saya tak boleh melakukan dua perkara dalam masa sama. Justeru, biar saya tamatkan pengajian terlebih dulu.
“Pun begitu, minat terhadap muzik tidak pernah surut dan jika satu hari nanti saya bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman, saya akan menyanyi tapi tetap berpegang dengan pendirian sekadar mengisi masa lapang,” katanya yang bukan saja pandai memetik gitar tetapi turut mahir bermain keyboard.
Nurnazarina Mahrif

Nurnazarina Mahrif, 29, atau lebih popular dengan nama jolokan The Shy Singing Doctor, pembabitannya menghasilkan video nyanyian semula yang dimuat naik ke YouTube pada mulanya dilakukan sekadar memenuhi permintaan arwah ibunya, Rakiah Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat barah payudara pada Ogos 2011.
“Arwah ibu sangat meminati lagu ‘Padamu Ku Bersujud’ nyanyian penyanyi Indonesia, Afghan dan meminta saya mencarikan cakera padat lagu itu atau memuat turun di Internet.
“Malangnya, saya tidak menjumpai album itu dan bertekad menyanyikannya sendiri sebagai kejutan kepada arwah ibu. Saya menyiapkan video itu dua hari sebelum kematiannya, tetapi dia tidak sempat menonton.
“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhirnya dan sejak itu saya aktif merakam dan memuat naik video ke Youtube. Sehingga hari ini saya ada 69 rakaman video nyanyian semua penyanyi popular dalam serta luar negara,” katanya yang bertugas di Unit Radioterapi Onkologi dan Paliatif, Hospital Umum Sarawak (HUS).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, melalui sesi menyanyi, dia dapat meredakan tekanan kerja selain menjadi terapi memulihkan semangat selepas kehilangan ibu tersayang.
Mendapat dorongan bapanya, bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, Mahrif Bujang, 64, Nurnazarina turut diberikan sokongan oleh rakan setugas dan pesakit untuk terus menunjukkan bakat terpendam itu.
“Terbabit dalam bidang ini tidak bermakna saya mengabaikan tanggungjawab, saya hanya melakukannya pada waktu rehat atau selepas waktu kerja, malah ia sedikit pun tidak mengganggu tugas saya sebagai doktor,” katanya.
Syed Shamim
Menurut Syed Shamim, beliau meminati bidang muzik kerana bidang ini sudah sebati dengan dirinya, apatah lagi ayah beliau merupakan seorang guru muzik sambilan dan merupakan seorang pemuzik. Ayah beliaulah yang memberi bimbingan padanya tentang dunia muzik semenjak kecil lagi.
Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.
Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.
Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.
Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.
Jelas kini yang youtube adalah platform terbaik untuk orang ramai mempamerkan bakat meraka dengan lebih mudah. Apa yang penting, medium ini sangat berkesan. Buktinya superstar youtube semakin bersinar sekarang.
No comments:
Post a Comment