Anak adalah anugerah Allah. Yang dilahirkan suci bersih ibarat kain putih. Ibubapalah yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorakkannya.
Dengan waktu yang masih tersisa, mari kita sama-sama memperbaiki diri sendiri untuk memimpin cahaya mata penyejuk hati. Moga mampu kita tersenyum bangga di kemudian hari sambil berkata, “Itulah anak kami.” Satu kata yang bakal dirindui untuk disebut di syurga nanti.
“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak-anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan…”
(Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)
IBU ANAK
-Sering bergaduh ☛ Anak menjadi ganas dan panas baran
-Sering besedekah ☛ Hati anak akan lebut
-Ibu yang mengidam benda pelik ☛ Pentanda tidak baik terhadap sikap anak
-Ibu tidak meningalkan solat ☛ Anak yang mudah dapat hidayah
-Ibu bermain kayu tiga atau melakukan maksiat ☛ Anak jadi penderhaka dan gemar melakukan
maksiat
-Ibu sering menbaca al-Quran ☛ Dapat anak yang bijak
-Ibu mangawal emosi ☛ anak soleh dan pandai menagawal mengawal keadaan
No comments:
Post a Comment