Friday, 27 July 2012

Jom layan Baik Giler!! (2012) Full Movie




Sinopsis Filem Baik Giler

Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.

Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.

Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.

Poster filem Baik Giler

Saturday, 21 July 2012

11 Jembatan Terseram Di Dunia

1.Hussain Bridge of Borit Lake, Pakistan


2.Hanging Bridge of Ghasa, Nepal


3.Royal Gorge Bridge in Colorado, US


4.Danyore Suspension Bridge of Gilgit, Pakistan


5.Carrick-a-rede Rope Bridge, Northern Ireland


6.Taman Negara National Park Bridge, Malaysia


7.Hanging Bridge at Trift Glacier, Switzerland



8.Canopy Walk in Kakum Nat’l Park, Ghana



9.Capilano Suspension Bridge, Canada



10.Jambatan Di Indonesia


11.Arenal Hanging Bridges, Costa Rica


Thursday, 12 July 2012

Apakah Maksud WALL Di Facebook WAJIB BACA!!!


Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya teruskan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi / Nasrani yang akan merosakkan umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho ....
(Disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

Insya Allah jika niat kita baik, hasilnya pun akan baik

Tuesday, 10 July 2012

Hukum Memakai Contact Lense



Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan. 

Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
1) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
2) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
3) Tidak mengubah ciptaan Allah.
4) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
5) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
6) Tidak berlebihan.
7) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Jalan Terunik Yang Ada Di Dunia

  1. Steepest Street, New Zealand

Merupakan jalan paling curam di dunia


2. Savoy Court, Inggris
Satu-satunya jalan di United Kingdom yang mewajibkan berjalan di sebelah kanan. Seperti kita ketahui bahawa orang-orang di Inggeris selalu berjalan di sebelah kiri seperti kita di Malaysia (tidak seperti di Amerika dan Eropah yang biasanya berjalan di sebelah kanan), tetapi ada satu jalan di Inggeris yang mewajibkan berjalan di sebelah kanan, iaitu di savor Court ini.

3. The Magic Roundabout, England

Bulatan yang paling buruk di dunia
Dibina pada tahun 1972 dan terdiri daripada 5 roundabouts kecil. Untuk membuat hal-hal yang lebih buruk, anda perlu melakukan perjalanan, anti-clockwise (kebalikan dari yang biasa pada situasi roundabouts Inggeris), ketika anda memasuki pusat bulatan kecil.


4. Lombard Street, United States
Jalan paling berliku-liku di dunia



5. 9 de Julio Avenue,Argentina

Jalan yang paling luas di dunia
Mempunyai enam Lanes di mana-mana arah dan spans seluruh blok bandar. Terdapat satu bangunan yang duduk di Avenue tetapi ada banyak tanda tempat terkenal di samping - seperti Kedubes Perancis yang lama, patung Don, dan yang terkenal tugu (terlihat dalam gambar di atas) dan Plaza de la Rep = C3 = BAblica.


6. Road To Giza, Mesir

Jalan tar yang tertua di dunia
The Road to Giza adalah jalan tar yang tertua di dunia. Dibina lebih dari 4600 tahun dengan lebar 6,5 kaki. Menyambung ke quarries Southwest dari Kaherah, ke dermaga di Tasik Moeris yang disambungkan ke Nil. Jalan yang digunakan untuk pengangkutan besar blok basal ke Giza di mana mereka digunakan untuk bangunan.

7. Pan-American Highway, The Americas

Jalan terpanjang di dunia
Dengan panjang 48.000 kilometer (29800 batu) dan melewati 15 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Peru, Argentina dan El salvador membuat jalan ini sebagai jalan terpanjang di dunia.

Saturday, 7 July 2012

Superstar YouTube: Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular di Malaysia

Superstar YouTube semakin bersinar!! Ya..memang benar kini artis youtube semakin dikenali dan bersinar. Buktinya, superstar youtube ini telah pun didedahkan di akhbar Metro keluaran 4 March 2012. 



 Buat persembahan, rakam, muat naik ke YouTube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasib baik, rakaman itu bakal menarik minat jutaan penonton, sekali gus melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata.

Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet.

Walaupun ada pihak mendakwa lagu nyanyian dan ciptaan Najwa ‘biasa-biasa’ saja, pihak industri hiburan terpaksa mengalah dengan kehendak peminat kerana ia menjadi trend terkini.

Dulu bakat seseorang agak sukar untuk dikesan memandangkan tiada medium yang sesuai ketika itu. Kemudian muncul program realiti untuk mencungkil bakat sehingga ianya menjadi fenomena baru di malaysia.
Rancangan realiti yang paling mendapat tempat ketika itu ialah Akademi Fantasia ( AF ) yang berjaya melahirkan berpuluh artis baru yang berkualiti. Sayangnya rancangan itu hanya menempa nama selama 9 tahun dan selepas itu demam artis rancangan realiti ini mula perlahan.
Kini, fenomena artis Youtube pula muncul di Malaysia. Nama-nama seperti Yuna, Zee Avi, Najwa Latif dan Ana Raffali semakin dikenali sebagai artis Youtube dan medium itu berjaya mengetengahkan bakat mereka. Tidak hairanlah jika ramai anak muda turut mencuba nasib menjadikan YouTube sebagai batu loncatan untuk menggapai impian bergelar penyanyi.
Terkini, beberapa remaja yang memuat naik lagu nyanyian mereka di YouTube turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencipta nama. Antaranya Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan, Syed Shamim dan Amri.  Mereka ini mempunyai akaun youtube yang dilihat seperti Album Mega di maya kerana memuatkan video nyanyian mereka yang mempunyai view yang tinggi.
Fenomena artis youtube ini terkebih dahulu menggegarkan industri hiburan di Barat tetapi kini semakin menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet. Najwa juga telah mencapai tahap yang boleh dianggap tertinggi apabila menjadi finalis AJL ke 26 lalu dan tercalon dua kategori di top 5 ABPBH yang akan berlangsung April ini.
Walaupun didakwa menggunakan YouTube sebagai batu loncatan supaya bakat mereka disedari penggiat seni, seterusnya menggapai impian menjadi artis, kebanyakan ‘bintang muda’ terbabit menegaskan, pada mulanya rakaman yang dimuat naik hanya sebagai tatapan teman dan keluarga. Akhbar Metro ada menyiarkan mengenai perkongsian beberapa artis Youtube ini mengenai fenomena yang kini melanda Malaysia. Jom ikuti apa kata mereka.

Ainan Tasneem Ridzuan



“Saya memuat naik rakaman sekadar suka-suka, malah tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.
“Menyanyi sekadar hobi, tak mungkin saya bergiat serius sebagai penyanyi. Ibu bapa tidak menghalang hobi itu, tetapi kurang menggalakkannya.

“Sejak kecil saya bercita-cita menjadi pensyarah dan tiada masalah untuk memenuhi permintaan mereka. Mungkin segelintir masyarakat menganggap saya menjadikan YouTube untuk menampilkan bakat, namun ia sebenarnya hanya sebagai memenuhi permintaan teman rapat,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses ini.
Bermula dengan memuat naik rakaman ‘cover version’ di Facebook (FB), Ainan dicabar menghasilkan lagu sendiri, lalu terhasillah lagu Aku Suka Dia sebelum seorang teman FB memuat naik rakaman itu di Youtube.

“Tak sangka lagu itu menarik 750,000 penonton, menyebabkan saya terus menggunakan medium itu untuk memuat naik rakaman lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Music Vally.

Tasha Manshahar




Tasha Manshahar atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 20, mula memuat naik rakamannya di YouTube sejak berusia 16 tahun.

 Sebagai penyanyi.
Penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas ini meletakkan pelajaran sebagai keutamaan kerana mahukan masa depan yang lebih terjamin.

“Memuat naik rakaman di YouTube hanya untuk berkongsi bakat dengan teman yang meminati muzik. Buat masa ini saya tak boleh melakukan dua perkara dalam masa sama. Justeru, biar saya tamatkan pengajian terlebih dulu.

“Pun begitu, minat terhadap muzik tidak pernah surut dan jika satu hari nanti saya bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman, saya akan menyanyi tapi tetap berpegang dengan pendirian sekadar mengisi masa lapang,” katanya yang bukan saja pandai memetik gitar tetapi turut mahir bermain keyboard.





Nurnazarina Mahrif 






Nurnazarina Mahrif, 29, atau lebih popular dengan nama jolokan The Shy Singing Doctor, pembabitannya menghasilkan video nyanyian semula yang dimuat naik ke YouTube pada mulanya dilakukan sekadar memenuhi permintaan arwah ibunya, Rakiah Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat barah payudara pada Ogos 2011.

“Arwah ibu sangat meminati lagu ‘Padamu Ku Bersujud’ nyanyian penyanyi Indonesia, Afghan dan meminta saya mencarikan cakera padat lagu itu atau memuat turun di Internet.
“Malangnya, saya tidak menjumpai album itu dan bertekad menyanyikannya sendiri sebagai kejutan kepada arwah ibu. Saya menyiapkan video itu dua hari sebelum kematiannya, tetapi dia tidak sempat menonton.

“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhirnya dan sejak itu saya aktif merakam dan memuat naik video ke Youtube. Sehingga hari ini saya ada 69 rakaman video nyanyian semua penyanyi popular dalam serta luar negara,” katanya yang bertugas di Unit Radioterapi Onkologi dan Paliatif, Hospital Umum Sarawak (HUS).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, melalui sesi menyanyi, dia dapat meredakan tekanan kerja selain menjadi terapi memulihkan semangat selepas kehilangan ibu tersayang.

Mendapat dorongan bapanya, bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, Mahrif Bujang, 64, Nurnazarina turut diberikan sokongan oleh rakan setugas dan pesakit untuk terus menunjukkan bakat terpendam itu.

“Terbabit dalam bidang ini tidak bermakna saya mengabaikan tanggungjawab, saya hanya melakukannya pada waktu rehat atau selepas waktu kerja, malah ia sedikit pun tidak mengganggu tugas saya sebagai doktor,” katanya.





Syed Shamim



Menurut Syed Shamim, beliau meminati bidang muzik kerana bidang ini sudah sebati dengan dirinya, apatah lagi ayah beliau merupakan seorang guru muzik sambilan dan merupakan seorang pemuzik. Ayah beliaulah yang memberi bimbingan padanya tentang dunia muzik semenjak kecil lagi.

Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.

Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.




Jelas kini yang youtube adalah  platform terbaik untuk orang ramai mempamerkan bakat meraka dengan lebih mudah. Apa yang penting, medium ini sangat berkesan. Buktinya superstar youtube semakin bersinar sekarang.